'Jika terlepas, boleh diguna 900,000 penagih' - polis rampas dadah RM1.4juta
  • 3 years ago
Polis Kedah merampas sebanyak 40 ketulan mampat dadah jenis heroin base seberat lebih 15 kilogram, pada Jumaat lalu yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan ke selatan tanah air.

Ketua Polis Kedah, Kamarul Zaman Mamat berkata, rampasan tersebut dilakukan setelah pihaknya menahan sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun di Jalan Kampung Changhai, Changlun kira-kira pukul 11 pagi.

Sumber video: https://fb.watch/7_KULjIZkv/