Hishammuddin ketawa kenyataan rapat dengan PM terlepas tindakan undang-undang
  • 4 years ago
Bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein ketawa apabila ditanya soalan mengenai kenyataan bekas senator Ezam Mohd Noor yang berkata Hisham dan Azmin masih belum dikenakan tindakan undang-undang berkaitan rasuah dan seks kerana rapat dengan Perdana Menteri.

Sabtu lalu, Ezam menggesa siasatan dilakukan terhadap mereka berdua.

Gesaan itu dibuat ketika kedua-dua pemimpin politik berkenaan dikaitkan dengan rancangan membentuk kerajaan melalui 'pintu belakang'.

Dalam satu kenyataan, Ezam mempersoalkan mengapa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bertindak pantas dalam kes membabitkan dua pemimpin politik itu.

Ezam berkata pihaknya berhak berasa curiga kerana dalam kes membabitkan Najib Razak, bekas perdana menteri itu diburu dan didakwa.

Bagaimanapun, katanya, Hishammuddin yang merupakan sekutu rapat Najib masih bebas walaupun terdapat laporan dibuat terhadapnya.

"Apakah Hishammuddin mendapat layanan berbeza kerana beliau bukan sahaja rapat dengan PM dahulu tetapi juga rapat dengan PM sekarang?