'Pengagihan bantuan di kawasan PKPD berlaku, mungkin penghuni terlepas pandang'

  • 4 years ago
Kerajaan telah mengarahkan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil tindakan bagi memastikan bantuan bekalan makanan di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) diselesaikan segera iaitu hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pengagihan bantuan makanan sudah pun berlaku namun mungkin beberapa penghuni yang terlepas pandang ketika bantuan ini berlaku.

Katanya lagi keperluan lain seperti susu bayi, lampin bayi dan lain-lain boleh menghubungi pusat operasi yang telah diwujudkan di kawasan PKPD.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Recommended