Najib gagal dapat kebenaran tunda perbicaraan, Zahid gagal cabar pertuduhan
  • 4 years ago
Najib Razak gagal dalam cubaannya menunda perbicaraan membabitkan tuduhan meminda laporan audit 1MDB yang ditetapkan hari ini. Beliau dibicarakan bersama bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan, membuat keputusan menolak permohonan itu semasa prosiding bermula pagi ini.

Jumaat lalu mahkamah mendengar permohonan pasukan pembelaan Najib dengan hujah, penangguhan berkenaan diperlukan untuk mereka menyediakan tertuduh menjadi untuk menjadi saksi pembelaan dalam satu lagi perbicaraan melibatkan bekas perdana menteri itu, iaitu kes SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid untuk mencabar pendakwaan terhadap dirinya menerusi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA).

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, permohonan atas hujah wujud Perlembagaan Persekutuan sebagai pra-matang kerana perbicaraan belum bermula, justeru tidak wajar membuat andaian terlalu awal.