Video: Neymar menangis, Barcelona gagal ulangi magis 'terulung'

  • 7 years ago
Pemain sensasi Barcelona Neymar meninggalkan padang dengan tangisan selepas Barcelona sekadar seri tanpa jaringan menentang Juventus awal pagi tadi.

Keputusan itu membuatkan Barcelona sekaligus gagal ke peringkat separuh akhir Liga Juara Juara Eropah 2017.
Juventus sudah belajar daripada Paris Saint-Germain (PSG) yang sebelum ini menjadi mangsa kebangkitan terulung Barcelona di laman sendiri dengan kemenangan 6-1.

Aksi pertahanan cemerlang mengagalkan misi kebangkitan Barca di laman sendiri dengan ketiga-tiga penyerang mereka buntu untuk menjaringkan gol.

Juventus akan menyertai juara bertahan Real Madrid, Atletico Madrid dan Monaco dalam undian separuh akhir esok.