Gol 'magis' Cristiano Ronaldo benam Sevilla

  • 7 years ago
Cristiano Ronaldo menjadi watak utama buat Real Madrid apabila dua gol penyerang kelahiran Portugal itu membantu kepada kemenangan 4-1 ke atas Sevilla dalam aksi La Liga awal pagi tadi.

Kemenangan itu sekaligus mencerahkan peluang Real untuk merangkul gelaran juara liga buat kali pertama dalam tempoh lima tahun di mana skuad bimbingan Zinadine Zidane itu hanya memerlukan empat mata daripada baki dua perlawanan liga domestik musim ini untuk mengetepikan seteru terdekat, Barcelona.

Dua lagi gol Real dijaringan Nacho dan Toni Kroos.

Ketika ini kedua-dua pasukan terikat 87 mata sama tetapi Real beraksi kurang satu perlawanan berbanding Barcelona yang sudah beraksi 37 kali menerusi kemenangan 4-1 ke atas Las Palmas awal pagi tadi.

Real akan menentang Celta Vigo dan Malaga selepas ini manakala perlawanan terakhir Barcelona musim ini adalah menentang Eibar Ahad ini.