Isu 'naik angin': Aliff minta maaf, gagal kawal emosi

  • 7 years ago
Susulan tular video 'naik angin' kerana salah seorang pembantu rumah mencuri, pengasas produk kecantikan D'Herbs Holding, Datuk Aliff Syukri tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Dalam video yang dimuat naik di Youtube, penjelasan Aliff turut dihadiri seorang wanita yang merupakan agensi pembantu rumah yang dikenali sebagai Puan Era.

Aliff juga memohon maaf ekoran tindakannya yang dilihat kasar ketika memarahi pembantu rumahnya.

http://www.kinitv.com/video/49365O74 - Aliff 'naik angin' pembantu rumah curi

Terdahulu, Aliff mendakwa pembantu rumah yang baru sebulan bekerja itu mencuri wang tunai dan kain sutera mewah yang dibeli untuk isterinya.

“Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak-anak dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg dibalas dengan saya,” katanya.

Namun, pembantu rumah itu merayu dan melutut agar Aliff tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Difahamkan sebelum ini, Aliff pernah disamun dua pembantu rumahnya dari Indonesia pada 2014.

Recommended