PKR akan jumpa pihak UPU isu pelajar gagal ke IPTA

  • 9 years ago
Seramai 290 pelajar mengadu kepada laman sesawang Higher Education Complaint and Advisory Portal (HEAP) bahawa mereka sukar mendapat tempat ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mendapat tawaran kursus yang berlainan dengan kursus yang diminta.

Oleh itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin akan berjumpa dengan pihak UPU dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membantu memperbetulkan sistem UPU dan memohon kerajaan untuk menambah tawaran IPTA kepada pelajar tempatan.

Recommended