Tumpas...perompak tak sempat rasa hasil rompak RM3 juta

  • 7 years ago
Sekumpulan tujuh lelaki dirakam kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) merompak sebuah kedai emas di sebuah pusat beli belah di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, awal pagi semalam.

Video rompakan yang tukar di media sosial itu memaparkan empat lelaki bersenjata pistol dan penukul besi memakai topi keledar penutup penuh serta bersarung tangan hitam memecah masuk sebuah kedai emas dan memecah rak kaca sambil memasukkan barang kemas dalam beg pakaian.

Dilaporkan, mereka melarikan diri bersama hasil rompakan berjumlah RM3 juta ringgit dengan sebuah kenderaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata polis menahan tujuh lelaki dipercayai suspek kes samun di Kampung Lalang, Dengkil, Sepang.

Fadzil berkata semua suspek diberkas hasil tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan.