Umpil, bakar 'penyangak kecil' cuba rompak kedai dobi

  • 7 years ago
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi dua remaja dalam cubaan merompak premis kedai dobi layan diri di Kampung Melayu Majidee, Johor tular menerusi laman sosial Facebook sejak kelmarin.

Bukan saja mengumpil pintu malam remaja berkenaan membakar mesin tukar wang di premis itu dalam cubaan untuk mendapatkan duit di dalamnya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi.

Pemilik kedai menerima panggilan pelanggan memberitahu mesin tukar wang kedai dobinya dibakar dan bergegas ke premis sejurus menerima panggilan itu.

Meneliti rakaman CCTV yang dipasang, didapati dua remaja lingkungan usia belasan tahun cuba mengambil wang dari mesin berkenaan tetapi gagal.