Lelaki cuba bakar Kaabah ditahan polis Arab Saudi

  • 7 years ago
Polis Arab Saudi berjaya menumpaskan tindakan seorang suspek yang cuba untuk membakar Kaabah di Kota Mekah, lapor akhbar dalam talian Sabq pada Selasa menurut agensi berita China Xinhua.

Saksi kejadian memberitahu akhbar itu, beliau melihat seorang lelaki menyiram gasolin ke atas kain yang menutup Kaabah dan segera memaklumkannya kepada polis bertugas di masjid berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya berjaya ditahan.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan berhubung insiden itu namun menerusi laporan akhbar mengesahkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.11 malam waktu tempatan pada Isnin.

Namun motif tindakan suspek itu masih tidak dapat dipastikan sehingga kini.