Model seksi sudah ditahan polis Arab Saudi

  • 7 years ago
Pihak berkuasa di Arab Saudi telah menahan seorang wanita muda yang menyiarkan video dirinya memakai miniskirt dan baju singkat sambil berjalan di sekitar kubu bersejarah di Ushayqir, pada Selasa lalu.

Dalam siri video yang dimuat naik di media sosial, wanita itu dilihat berjalan dengan tidak menutup kepala dan tubuh di bahagian pinggangnya manakala terdapat klip video lain yang dia berdepan dengan kamera sehingga menampakkan rambutnya.

Rakaman itu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, dengan ada yang menuntut wanita itu ditangkap kerana melanggar larangan berpakaian ketat di negara Islam berkenaan.



Namun, tidak kurang juga yang tampil mempertahankan wanita itu sambil memuji keberaniannya.



Wanita Arab Saudi diwajibkan memakai jubah labuh yang dikenali sebagai abaya di khalayak umum, serta menutup kepala.

Mengikut laporan media tempatan, jurucakap polis berkata wanita itu mengakui dirinya di dalam video itu dan mendakwa terdapat orang lain yang memuat naik video itu di media sosial.

Katanya, beliau diiringi seorang penjaga lelaki ketika melakukan lawatan di situ dan mendakwa tidak melalukan undang-undang Arab Saudi yang menghalang wanita melancong bersendirian.

Kes itu kini ditangan pihak pendakwaraya yang akan menentukan sama ada wanita itu akan didakwa dengan kesalahan jenayah.

Wanita itu berkemungkinan berhadapan dengan denda dan penjara jika disabitkan kesalahan.

Dalam video yang pada awalnya dikongsi di Snapchat pada hujung minggu lalu, Khulood dilihat berjalan di sebatang jalan yang kosong di sebuah kubu di Perkampungan Warisan Ushayqir, yang terletak kira-kira 155km di utara Riyadh, di wilayah Najd.



Najd adalah antara kawasan yang paling konservatif di Arab Saudi.



Video Khilood kemudianya dikongsi oleh rakyat Saudi di Twitter, yang menyaksikan pendapat berbelah-bahagi mengenai cara model itu berpakaian.



Ada yang berkeras bahawa Khulood harus dihukum manakala yang lain berkata wanita itu harus dibenarkan memakai apa yang dia inginkan.



Ada yang mempertahankan Khulood dengan berkata, isteri Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Melania, dan anak perempuan, Ivanka, memilih untuk tidak memakai abaya atau bertudung ketika berkunjung ke Arab Saudi pada bulan Mei.



Ada yang menulis bahawa hanya jika wanita itu adalah orang asing, ramai yang akan membicarakan kecantikannya, tetapi kerana Khulood adalah warga Saudi, mereka mahu dia ditangkap.