PKP: Ibu ditahan mencuri, Ketua Polis PJ terpanggil beri bantuan
  • 3 years ago
Atas dasar belas kasihan selepas mengetahui seorang ibu terpaksa mencuri makanan dan ubat-ubatan untuk anaknya yang sakit, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal terpanggil untuk melakukan sesuatu.

Dalam video yang disiarkan secara langsung pagi ini, Nik Ezanee serta beberapa anggota mengunjungi wanita itu dan anak-anaknya di rumah dengan membawa beberapa bungkusan barangan harian dan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, Nik Ezanee berkata keluarga itu menghadapi masalah kewangan berikutan pendapatan suami wanita itu yang bekerja sebagai juruteknik pembaikan lif terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisDaerahPetalingJaya/videos/129772645574233