PKP 2.0 kurang beri kesan ekonomi berbanding PKP sebelumnya
  • 3 years ago
Kerajaan tidak menjangkakan impak yang sama seperti suku kedua
2020 akan dialami dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kali ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata ini memandangkan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan untuk beroperasi. Oleh itu, impak PKP semasa ke atas ekonomi masih terkawal.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat ketika negara sedang berdepan penularan pandemik Covid-19.
Recommended