Jika terpaksa pilih, Malaysia suka 'China kaya' berbanding AS
  • 5 years ago
Malaysia lebih sukakan "China kaya" berbanding "Amerika Syarikat yang sukar diramalkan", jika terpaksa berpihak dalam persaingan geopolitik antara kedua-dua kuasa besar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap dalam temu bual eksklusif kepada South China Morning Post (SCMP), Mahathir mengakui kenyataannya ini berdasarkan pertimbangan "ekonomi semata-mata."