'Pilih saya untuk 'kaki pukul', pilih Saifuddin jika nak PKR runding Umno'
  • 2 years ago
Rafizi Ramli berkata pilihan kini terletak di tangan ahli PKR sama ada mahu memilih timbalan presiden yang akan berunding dengan Umno bagi berdepan PRU15, dengan merujuk kepada saingannya Saifuddin Nasution Ismail.

Sebaliknya kata Rafizi, ahli PKR wajar memilihnya sebagai timbalan presiden jika mahu parti menentang Umno di PRU15, memandangkan 'luka pengkhianatan' oleh parti itu dalam rundingan sebelum ini masih dirasai PKR.

Rafizi berkata demikian ketika berkempen di Ipoh, Perak semalam.

Sumber video: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/313946157487935