'Jumlah keciciran pelajar 2020-2021 lebih rendah berbanding 2018'

  • 2 years ago
Timbalan Menteri Pendidikan II, Mah Hang Soon menjelaskan jumlah pelajar yang tercicir daripada sekolah bagi tempoh Mac 2020 - Julai 2021 adalah lebih rendah iaitu 21,316, berbanding jumlah 34,074 yang dilaporkan pada 2018.

Tambahnya, kementerian sedang mengambil beberapa langkah untuk memastikan pelajar kekal di sekolah, termasuk mengadakan program intervensi pelajar berisiko cicir.

Terdahulu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas - Muar) mempersoalkan sekiranya kerajaan mempunyai inisiatif berskala besar bagi menangani masalah keciciran pelajar susulan pandemik Covid-19.

Recommended