'Realiti masyarakat India lebih teruk berbanding dalam filem'

  • 8 years ago
Pengalaman hidup Shanjey Kumar Perumal menjadi dorongan kepada beliau untuk menghasilkan Jagat, filem Tamil tempatan yang berjaya mencuri tumpuan peminat filem tempatan yang dijangka tamat tayangannya di pawagam Rabu ini.

Filem tersebut berbicara mengenai realiti sosial, ekonomi dan budaya kaum India di Malaysia pada tahun 1990-an, ini termasuk isu kongsi gelap, penggunaan dadah yang berleluasa yang dihadapi masyarakat India.

Sebahagian besar babak yang terdapat dalam filem tersebut merupakan jelmaan semula kisah hidup beliau sejak kecil sehingga sekarang, katanya ketika ditemuramah.

Recommended