Pematuhan PKP meningkat 92 peratus, kesan kerjasama PDRM dan ATM

  • 4 years ago
Kerjasama bersepadu antara PDRM dan ATM sejak semalam bagi membuat rondaan dan sekatan jalan raya berhasil apabila pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan meningkat 92 peratus.

Sebanyak 1903 sekatan jalan raya telah dilaksanakan dalam operasi bersepadu sejak semalam, peningkatan sebanyak 98 peratus berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun katanya ,sebanyak 120,615 buah kenderaan telah diperiksa dalam operasi tersebut dan ini menandakan masih ramai rakyat Malaysia yang gagal mematuhi PKP.