"Tarawih di rumah saja", ajak PDRM dalam lagu sempena PKP

  • 4 years ago
Sempena menyambut kedatangan Ramadan tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tampil dengan sebuah lagu berjudul 'Ramadan Datang'.

Menurut PDRM, lagu ini diilhamkan bagi memberikan mesej kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berada di rumah sepanjang Ramadan ini.