Pengecualian bayaran duti setem meningkat kepada 75 peratus

  • 2 years ago
Bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama sebelum ini, duti setem bagi rumah bernilai RM500,000 ke bawah dikecualikan sepenuhnya sehingga akhir tahun 2025.

Untuk urusan surat cara pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman rumah bernilai lebih RM500,000 hingga RM1 juta, pengecualian bayaran duti setem akan dinaikkan daripada 50 peratus hingga 75 peratus sehingga 31 Disember 2023.

Sebagai contoh, pengecualian 100 peratus duti setem ke atas pembelian rumah bernilai RM300,000 akan menjimatkan RM6,500, manakala pengecualian 75 peratus duti setem ke atas pembelian rumah bernilai RM750,000 akan menjimatkan RM15,000.