Seramai 11 anggota polis Perak positif dadah ditahan
  • 2 years ago
Seramai 11 anggota Polis Diraja Malaysia Perak dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah apabila gagal dalam ujian saringan air kencing, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Jelajah Kempen Anti Scam PDRM 2022 di Ipoh semalam.