Edar dadah di lokap: 9 polis termasuk pegawai kanan IPD Kota Tinggi ditahan

  • 3 years ago
Pegawai kanan, beberapa pegawai dan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bakal berdepan tindakan tegas termasuk boleh dibuang kerja susulan pembongkaran kegiatan pengedaran dadah di dalam lokap IPD itu baru-baru ini, kata Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pada 29 November lepas, polis menahan sembilan anggota daripada IPD berkenaan termasuk seorang wanita, merangkumi konstabel dan koperal yang bertugas di lokap berkenaan, serta seorang wanita orang awam kerana disyaki mengedar dadah di dalam lokap itu..


Sumber visual: https://www.facebook.com/watch/live/?v=3443813522362570&ref=search