Adun dan 4 pegawai khas ahli politik ditahan positif dadah
  • 4 years ago
Satu mesej tular di media sosial mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.

Menurut sumber, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium di Jalan Puchong, di sini.

Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.

Adun terbabit yang dipercayai Adun Dengkil kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Namun, Adhif menafikan dakwaan tular bahawa beliau ditangkap dan disahkan positif dadah dalam itu.

Adif Syan Abdullah sebaliknya berkata beliau berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, sejak malam semalam.
Recommended