Seramai 4,189 tangkapan langgar PKP, tindakan polis kini tahap keras
  • 4 years ago
Polis telah melakukan sebanyak 4,189 tangkapan, manakala 1,449 individu didakwa di mahkamah kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah mereka yang ditahan pihak berkuasa mulai menurun.

"Semalam pihak polis telah menahan seramai 562 individu berbanding 583 individu yang ditahan pada hari sebelumnya di sekatan jalan raya dan rondaan PDRM kerana melanggar PKP.

"Ini menunjukkan 3.6 peratus penurunan dari segi jumlah tangkapan. Jika trend penurunan ini menunjukkan pematuhan rakyat kepada perintah, maka ia merupakan perkara yang baik dan ditunggu-tunggu oleh pihak kerajaan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari Isnin.