Seramai 822 individu direman kerana ingkar PKP - Ismail Sabri
  • 4 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata PDRM telah menangkap 946 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, 822 individu direman manakala 124 individu diberi jaminan polis.

Seramai 101 inidividu telah dihadapkan ke mahkamah semalam.

Katanya lagi, jumlah tangkapan kumulatif PKP sehingga 20 April 2020 adalah seramai 16 870 individu.

Beliau berkata demikian semasa sidang medianya di Putrajaya, hari ini.