Lelaki ingkar PKP, lempar gelas pada pihak berkuasa
  • 4 years ago

Seorang lelaki bertindak melempar gelas minuman kepada penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas mereka memintanya beredar daripada sebuah kedai makan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .

Walaupun telah diberitahu hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman untuk dibawa balik, lelaki itu dilihat tidak mengendahkan arahan terbabit.