LFL: Jika tahap kepatuhan PKP tinggi, mengapa banyak tangkapan?
  • 4 years ago
NGO Lawyer for Liberty (LFL) meluahkan rasa bimbang susulan peningkatan jumlah tangkapan, reman dan hukuman penjara ke atas orang ramai yang ingkar mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, penyelaras undang-undang LFL Zaid Malek berkata tindakan itu bertentangan dengan panduan antarabangsa berkenaan penahanan ketika pandemik Covid-19

Jelasnya, jumlah tangkapan individu yang ingkar PKP amat membimbangkan, iaitu melebihi 20,000 orang setakat ini, walaupun hakikatnya menurut ketua polis negara tahap kepatuhan difahamkan sangat tinggi, iaitu sehingga 99 peratus.