Bersatu Kota Tinggi tumbang, lebih banyak 'pembelotan' Johor dijangka
  • 4 years ago
Bersatu bahagian Kota Tinggi runtuh selepas 15 ahli jawatankuasa termasuk ketua bahagian, Baser Senin keluar daripada parti, bersama dengan lapan daripada 13 cawangan di bahagian tersebut.

Malaysiakini diberitahu bahawa terdapat lebih banyak 'pembelotan' di Johor akan berlaku, walaupun pemimpin parti negeri memberi jaminan bahawa Bersatu Johor tetap teguh dan menyokong presiden parti Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, Bersatu Kota Tinggi mengatakan keputusan untuk keluar dibuat dalam pertemuan malam tadi selepas hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin dan kepimpinan parti.