3 lelaki ditahan bergaduh di restoran

  • 7 years ago
Polis menahan tiga lelaki yang terbabit dalam satu kes pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar di Chai Leng Park, Butterworth.

Video Kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan itu tular di laman sosial dan dikongsikan melalui aplikasi Whatsapp sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pergaduhan berlaku sekitar jam 3.17 pagi itu dipercayai berpunca daripada salah faham membabitkan empat lelaki dan dua lelaki yang sedang menjamu selera.

"kami sedang menjejaki tiga lagi lain yang terlibat dalam pergaduhan tersebut"

Tambahnya pekerja restoran tersebut berjaya meleraikan pergaduhan tersebut namun seorang dari pekerja mengalami kecederaan pada tangan kanan.

Katanya tiga lelaki yang ditahan itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.