'KDN tak berapa setuju nyah jenayah cubaan bunuh diri' - KJ

  • 2 years ago
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dia telah menerima laporan lengkap daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai cadangan untuk nyah jenayah cubaan bunuh diri dan akan membawa perkara itu ke kabinet tidak lama lagi.

Khairy juga akan membincangkan hasil laporan itu dengan pihak berkepentingan lain iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.