Pengawal keselamatan rasa dihargai murid bersalam dengannya setiap pagi

  • 5 years ago
Ingat lagi video sebuah sekolah di Keningau Sabah yang tular dimana amalan bersalaman pengawal keselamatan yang telah mendapat tempat di hati Menteri Pendidikan Maszlee Malik?
Ia barangkali dianggap perkara biasa oleh sesetengah orang tetapi tidak bagi seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di Sabah.

Apatah lagi jika ia diamalkan setiap hari oleh pelajar sekolah tersebut.

Pengawal keselamatan SK Luagan , Dali Udan berkata dia merasakan sangat terharu dan dihormati apabila pelajar-pelajar sekolah itu bersalaman dengannya setiap pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

Katanya, amalan itu menimbulkan perasaan kekeluargaan antaranya dengan pelajar.

Video amalan itu tular setelah mula dikongsi di Facebook minggu lalu dan setakat ini telah mendapat 17,000 'like'.

Dalam ciapan twitter Maszlee, dia berkata budaya menghormati perlu diterapkan kepada anak-anak kita, dan sekolah sememangnya satu platform pendidikan yang memupuk budaya hormat-menghormati