Pengawal keselamatan dari Nepal adalah sementara sahaja

  • 5 years ago
Kerajaan menghadkan dasar pengambilan warga asing untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dasar dihadkan kepada warga Nepal sahaja.

"Saya ingin mengingatkan bahawa dasar ini hanyalah bersifat sementara," katanya.

Menurutnya, industri perkhidmatan kawalan keselamatan tidak seharusnya bergantung kepada pekerja asing.