Pukul, cekik isteri enggan 'bersama', suami dipenjara enam bulan
Seorang pemotong rumput dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana memukul isteri gara-gara mangsa enggan melakukan hubungan seks bersama pada Jumaat lalu.
Tertuduh berusia 32 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.