Covid-19- 4 kes baru, jangkitan tempatan kembali sifar
  • 4 years ago
Tidak ada jangkitan tempatan yang dilaporkan hari ini, selepas kemunculan selama empat hari bertturut-turut.

Kesemua empat kes baru hari ini adalah kes yang diimport menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,729 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga mengumumkan terdapat empat kes pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 83.

Tidak ada kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah kematian kekal pada 122.