Covid-19- 7 kes baru, 3 kes tempatan di Sabah hari ini
  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tujuh kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah setakat ini 8,904 kes.

Daripada tujuh kes baru itu, empat adalah kes import melibatkan tiga warga dan seorang bukan warga yang berkahwin dengan rakyat tempatan.

Tiga kes penularan dalam negara pula melibatkan warga Malaysia, dengan kesemuanya dikesan di Sabah.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan seorang lagi pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 8,601 kes iaitu 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada pertambahan kes kematian dan tiada pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), katanya lagi.