Covid-19- Dua kes baru warga tempatan
  • 4 years ago
Setakat tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan dua kes baru Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 9,001 kes.

Kedua-dua kes baru itu merupakan jangkitan dalam negara melibatkan warga tempatan. Tiada kes import dilaporkan.

Kes terbaru itu masing-masing dicatat di Kedah, yang merupakan sebahagian Kluster PUI Sivagangga dan satu kes di Labuan yang dikesan dari saringan di lapangan melibatkan pelajar kolej.

Sebanyak empat lagi pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh adalah 8,668 kes atau 96.3 peratus.

Tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban Covid-19 di Malaysia kekal 125.