Covid-19: 260 kes baru, kes tertinggi sejak Jun
  • 4 years ago
Kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini adalah sebanyak 260 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jangkitan baru ini merupakan yang tertinggi sejak Jun lalu dan angka kedua tertinggi secara keseluruhannya.

Sabah terus mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 118 kes baru, diikuti Kedah dengan 98 kes, Kuala Lumpur (14 kes) dan Selangor (13 kes).

Sementara itu, sebanyak 31 kes penularan tempatan melibatkan mereka yang pernah ke Sabah.
Recommended