Covid-19_ Rekod baru 2,234 kes, kes tertinggi di Selangor
  • 3 years ago
Kes baru penularan wabak Covid-19 mencatatkan rekod tertinggi dengan 2,234 kes setakat jam 12 tengah hari ini.

Sebelum ini, negara mencatatkan kes tertinggi pada 24 November lalu iaitu sebanyak 2,188 kes dengan sejumlah besar kes membabitkan kluster Teratai yang berkaitan pekerja di asmrama kilang Top Glove.

Daripada kes baru itu, Lembah Klang sahaja mencatatkan lebih 60 peratus kes baru dengan Selangor sahaja mempunyai 1,428 kes. Ini diikuti oleh Sabah dengan 274 dan Kuala Lumpur 136.