Covid-19_ 1,141 kes baru, Selangor, Sabah masing-masing catat 320 jangkitan

  • 3 years ago
Kes Covid-19 di Malaysia kekal empat angka apabila 1,141 kes baharu diumumkan hari ini.

Daripada jumlah itu, 1,138 merupakan kes tempatan dan 3 lagi kes import

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 10,799 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan seramai 1,144 pesakit disahkan sembuh hari ini.

Tiada kes kematian baru diumumkan hari ini menjadikan kes kematian kekal 376 kes.