"Tiada lagi nasihat, tunggu habuan masing-masing" - Timbalan IGP

  • 4 years ago
Pelbagai nasihat telah dikeluarkan kepada orang awam mengenai penyebaran berita palsu berkaitan wabak koronavirus (2019-nCov) namun ia masih berlaku.

Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor, PDRM tidak lagi akan bertolak-ansur mengenai perkara itu dan akan terus mendakwa sesiapa sahaja yang didapati menyebarkan berita palsu.

Katanya lagi, daripada14 kes siasatan yang dibuka, 3 daripadanya telah diputuskan untuk didakwa di mahkamah.

Pagi ini, seorang wartawan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana mengeluarkan kenyataan berhubung penularan wabak novel koronavirus (2019-nCov) yang boleh menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.