Rosmah Mansor ke SPRM lagi minggu depan

  • 5 years ago
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dijangka akan sekali lagi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin depan.Memetik Malaysiakini, menurut sumber, ini berkaitan dengan siasatan berhubung projek hibrid tenaga solar untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.Pada 15 November tahun lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.Mengikut kertas pertuduhan, jumlah RM187.5 juta itu adalah bersamaan dengan 15 peratus daripada jumlah nilai projek tetapi pendakwa menuduh Rosmah hanya menerima sebahagian kecil daripada jumlah yang diminta.Pada 15 November tahun lalu, Rizal Mansor, bekas pegawai khas Najib dikenakan empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek sama.Projek solar itu adalah untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan melalui rundingan terus. Menteri Pendidikan pada masa itu ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid.Pada 4 Oktober lalu, Rosmah didakwa dengan 17 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta.