Jemputan hari jadi "Aloha" Rosmah Mansor palsu
  • 8 years ago
Tiada majlis penganjuran sambutan ulang tahun kelahiran isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertemakan "aloha" di Putrajaya.

Ini dinafikan pembantunya, Rizal Mansor, menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam sebaran palsu itu menyebut sambutan itu akan diadakan pada petang 13 Disember di sebuah dewan di kediaman perdana menteri di Seri Perdana.