Covid-19- 13 kes baru, penularan tempatan kembali dengan 5 kes
  • 4 years ago
Penularan tempatan kembali di negara ini apabila lima kes penularan tempatan Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi daripada keseluruhan 13 kes baru.

Daripada lima kes penularan tempatan hari ini, tiga melibatkan rakyat Malaysia dan dua lagi bukan warganegara.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,696 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut mengumumkan seramai 12 orang telah disahkan sembuh dan dibenarkan discaj hari ini.

Tiada kematian baru yang dicatat hari ini menjadikan jumlah kematian kekal dengan 121 kes.