Covid-19- 11 kes baru, enam kes tempatan
  • 4 years ago
Terdapat 11 kes baru Covid-19 yang dicatatkan setakat tengah hari tadi, termasuk lima kes import dan enam lagi dijangkiti melalui penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini berkata, kesemua lima kes import itu melibatkan warganegara Malaysia.

Daripada enam kes penularan di dalam negara, lima kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu kes membabitkan bukan warganegara iaitu kes saringan di tempat kerja di negeri Selangor.

Dengan perkembangan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah 9,094 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini adalah sebanyak 166 kes.