Covid-19- 15 kes baru, 11 kes penularan tempatan
  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan 15 lagi kes positif Covid-19 hari ini.

Daripada 15 kes baru hari ini, empat adalah kes import melibatkan tiga warga Malaysia, manakala 11 lagi penularan tempatan, melibatkan 10 warga Malaysia.

Hampir separuh, iaitu lima daripada kes penularan tempatan melibatkan kluster baru di sebuah hospital di Kuching, Sarawak, yang dirujuk sebagai 'kluster Sentosa'.