180,000 veteran ATM bukan pesara akan terima bantuan RM500
  • 4 years ago
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan mengambil maklum berkenaan veteran Angkatan Tentera (ATM) bukan pesara yang tidak mendapat bantuan khas kewangan.

Justeru kerajaan mengambil keputusan memanjangkan bantuan ini kepada 180,000 veteran ATM bukan pesara akan menerima bantuan wang sebanyak RM500 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Beliau berkata demikian dalam video secara langsung yang dimuatnaik di Facebook.