Pejabat Azmin tak berani terima laporan forensik, hantar polis bantuan - NGO Bangkit
  • 5 years ago
Pengerusi Suara Anak Muda Satu Malaysia, Armand Azha berkata laporan forensik tidak akan sampai meja Azmin Ali sehingga hari ini, beliau berkata demikian ketika menyerahkan laporan siasatan pakar forensik video di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kompleks B, Putrajaya

Armand Azha berkata, ini membuktikan Mohamed Azmin telah menolak suara rakyat apabila enggan menerima laporan forensik berkenaan.

Katanya, laporan itu mahu diserahkan bagi mendapatkan maklum balas daripada Mohamed Azmin sendiri berkenaan pengesahan oleh pakar berkaitan video tersebut dan ia perlu dijawab dalam tempoh 48 jam.

Namun katanya, hanya polis bantuan yang menerima laporan forensik itu.

“Pejabat Azmin Ali takut akan kebenaran, kita hadir hari ini nak bantu negara, nak bantu polis, nak bantu kerajaan.

Persoalnya lagi kenapa Azmin tidak memberi sebarang kenyataan, walau beberapa laporan forensik sudah dikemukakan.