'PM berani suruh Azmin letak jawatan atau tidak?' - AMK
  • 3 years ago
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir 'mencabar' Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekiranya beliau berani meminta menteri kanan Azmin Ali meletakkan jawatan.

Ini susulan kempen dalam talian yang mendesak Azmin meletak jawatan yang telah mendapat lebih 175,000 tandatangan warga maya.

Terdahulu dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional AMK 2020, Akmal membidas kerajaan yang didakwa gagal dalam perlaksanaan PKP apabila lebih memihak kepada pemilik perniagaan besar berbanding rakyat bawahan.

Sumber video: https://www.facebook.com/akmalnasir.keadilan/videos/3020474024906872