Pengecualian sewa dan bantuan RM500 untuk penjaja dan peniaga berlesen
  • 4 years ago
Bantuan kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis di Selangor akan diberikan menerusi pengecualian sewa bagi meringankan beban hilang punca pendapatan utama mereka.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari juga mengumumkan pemberian khas 'one-off' sebanyak RM500 bagi melancarkan aliran tunai para peniaga ini.

Permohonan akan dibuka pada 1 hingga 30 April depan dan bantuan akan disalurkan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.